Saturday 13 September 2014

Allah Mengetahui Segalanya

Assalamualaikum...
Sejak masuk semester baru ini..Ieqin harungi pelabagai cabaran terutama dalam soal perhubungan. Kadang-kadang rasa terfikir teruk sangatkah diri ini sampai terpaksa mengharungi dugaan yang penuh liku-liku. Namun, apabila muhasabah diri Ieqin tahu Allah mengetahui segalanya. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Allah tidak akan uji hamba-Nya luar daripada kemampuan. 

Seorang demi seorang rakan Ieqin hilang. Hilang bukan disebabkan kami bergaduh atau sebagainya.. Perginya mereka menemui cinta hati. Ada kalanya kesunyian itu timbul tatkala melihat telefon yang senyap tanpa berbunyi. Tapi Ieqin tahu Allah nak ieqin dekatkan diri pada-NYa. Allah uji ieqin sekarang supaya ieqin tidak terlalu fokus dalam soal duniawi. Jadi ieqin mula tidak ambil kisah tentang telefon.

Ieqin bahagia melihat mereka bahagia. Mereka tersenyum, berketawa dan bergembira cukup membuatkan ieqin sebagai seorang teman bahagia. Respect kepada mereka yang mampu setia kepada cinta hati.


Apa pun ieqin sangat bersyukur Allah beri dugaan ini kerana setiap masalah yang berlaku menjadikan manusia itu bertambah matang dalam menyelesaikannya. Syukur kerana Allah masih mampu memberi Ieqin petunjuk walaupun dalam kita sebagai manusia tidak perasaan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan dan dorongan sampai sekarang..Sesunggunhya tiada yang mampu membalas jasa kalian melainkan Allah sahaja. 



~Salam Sayang Ieqin_CQ~

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Thursday 4 September 2014

Setiap yang bermula Pasti ada Pengakhirannya











Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Terima Kasih





Terima Kasih kerana menjadi teman pendengar yang setia
Terima kasih menjadi seorang yang sangat penyayang
Terima Kasih kerana menjadi orang yang selalu memberi nasihat dan teguran
Terima Kasih kerana membenarkan perasaan kasih sayang menusuk ke dalam jiwa


Kini hatiku berbelah bagi untuk menghilang atau tidak
Hatiku berbelah bagi dan perasaan serba salah menyelubungi diri
Adakalanya aku hanya menjadi pengganggu perhubunganmu 
Ada juga yang beranggapan aku perampas kebahagianmu
Aku semakin binggung dan buntu

Adakah disebabkan penolakan aku menerima akibat ini
Andai benar ini dugaan kepada diriku
Aku perlukan sokongan dan kekuatan semangat
Andai masa dapat diputarkan kembali....


Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal
Semoga hati ini akan terus kuat menghadapi cabaran dan dugaan,,

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Wednesday 19 February 2014

Tahun Baru Semester Baru

Assalamualaikum

Alhamdulilah dah masuk tahun 2014 ..Cepat masa berlalu.
Tahun baru means ieqin pun masuk semester baru.
Bermula bulan 2 sampai bulan 6 ieqin akan melalui Semester 2.
Saya masih lagi junior.Kos Ieqin hanya mengambil pelajar 1 dalam setahun iaitu ambilan September. 
Jadinya batch ieqin still junior selama setahun.Semester baru ini banyak jugak azam tapi tidak tahulah dapat dipenuhi ke tidak..Harap sangat semester ini dapat capai pointer yang lagi baik.
Amin..

Luv u : ieqin_ing

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Kisah Semester Lepas

Assalamualaikum..
Lama sungguh tidak mengupdate blog..sampai dah berhabuk...
Okey untuk semester lepas alhamdulilah dapat lalui dengan senang walaupun wujud pelbagai kepayahan.
Semester lepas mengajar Ieqin erti  kesabaran dan kepayahan dalam hidup berdikari serta kehidupan di Universiti.Banyak prgram semester lepas yang dapat Ieqin sertai. 
Antaranya Program Bersih Pantai di Pulalu Pangkor, Minggu Geografi, Skuad Banjir dan lain-lain. 
Rasanya tak payah membebel banyak sangat..
Korang layan sahaja gambar dibawah hookey..


1.Program Bersih Pantai diTeluk Senangin dan Pulau Pangkor, Perak

Serba Merah Kami Semua,,,,,


Selesai sudah membersihkan kawasan pantai 

Bekerjasama dengan Sahabat Alam Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak 



Peace yo..


Pusat Konservasi Penyu

Macam-macam bentuk dan warna yang ada..Dari kecil sampai besar..





Aktiviti bebas.

Senyum...


2. Sukan Tradisional (Hang Li Po)

Aktiviti ini adalah projek akhir bagi subjek Pengurusan Kokurikulum.
Pelbagai aktivti dipertandingkan antaranya konda-kondi, batu seremban, galah panjang dan sebagainya.Kumpulan ieqin diberi tema Puteri Han Li Po dan warna pasukan adalah Biru.



Bendera pasukan dilukis oleh Abang Cantik @ Encik Ayus


Ini kumpulan Rentap bertemakan  warna merah dan hitam

Kumpulan Mat Saleh bertemakan hijau

Kamilah Juara Keseluruhan

Alhamdulilah rezeki ...heheh

3. Skuad Banjir

Skuad ini ditubuhkan bagi membantu mangsa banjir di Kuantan , Pahang. 
Nak dijadikan cerita ieqin bagi nama malam sebelum pergi.
Semua yang dengar pun terkejut.
Yelah, ieqin baru habis program bersih pantai hari ahad dan malam selasa ieqin decide untuk pergi skuad banjir.Memang mencabar sampai roomate pun cakap baru nampak sehari dekat rumah dah hilang lagi..hehe.Maaf ye kak..Skuad banjir pergi selama 4 hari 3 amalam.
Kami bermalam di UMP ( Universiti Malaysia Pahang).



Ahli skuad 

Ieqin cuba untuk tarik buku itu tapi payah sangat.

Ini antara kawan-kawan sama batch dengan ieqin

Semat lagi si Irwan possing

Sementara menunggu taklimat berwhatshaap sakan..

Senyum..

Buku dan Ieqin tidak boleh dipisahkan..auw auw





 
 Tip, Kak see and me.


Ini adalah sebahgan aktiviti yang ieqin sertai sepanjang semester lepas.Macam-macam yang ieqin belajar serta tidak mudah untuk menguruskan sesuatu program tanpa bantuan daripada orang sekeliling.Setiap pengalaman yang ieqin tempuhi amat bernilai dan tidak dibeli dengan wang ringgit.

Sekian.

Luv u Ieqin_ing



Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Sunday 20 October 2013

Sayunya

Assalamualaikum
Ingat tak ieqin pernah cerita pasal hamba Allah yang berjaya buat iieqin menangis...
So malam itu jugak ieqin terjumpa lagu nie..
Sangat-sangat sayu,,,
Penuh dengan makna...
Semoga ada penghujungnya...


Lagu :Istikharah Cinta
Penyanyi :Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu



Luv u alls:Ieqin_ing

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Saturday 19 October 2013

Miss This Moment I

Assalamualaikum..
Hari dah bulan berapa ek?.Oh oktober rupanya.Dah raya haji.Boleh pakai baju baru.Beraya sakan.Betul tak?.Bukan semua negeri meriah waktu raya aidiladha ini.Segelintir saja.Jadi untuk menyambut juga raya haji plus new entry ini ieqin ank share pasal raya yang dah berbulan-bulan lepas.Saja jew nak lepas rindu waktu raya hari itu tak sempat nak raya sakan.Kesibukkan tahap paling maksimum hokkey.Kalah Perdana Menteri..


Pagi raya pertama ieqin balik rumah atook.Alah dekat belakang rumah jew..dekat sangat..Seperti biasa acara paling ditunggu-tunggu adalah gambar sakan.Itu acara wajib hookey.Macam-macam aksi dan gaya.Jangan terkezut u olls bila tengok picture itu adalah mak orang okey.sangat-sangat happening.Memandangkan ayah anak sulung dah semestinya ieqin cucu kedua tua okey..Tapi bila diingatkan raya setahun sekali apalagi geng gambar mengalahakan budak kecik.









Tunggu next entry okey
Luv u alls :ieqin_ing

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)