Saturday 13 September 2014

Allah Mengetahui Segalanya

Assalamualaikum...
Sejak masuk semester baru ini..Ieqin harungi pelabagai cabaran terutama dalam soal perhubungan. Kadang-kadang rasa terfikir teruk sangatkah diri ini sampai terpaksa mengharungi dugaan yang penuh liku-liku. Namun, apabila muhasabah diri Ieqin tahu Allah mengetahui segalanya. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Allah tidak akan uji hamba-Nya luar daripada kemampuan. 

Seorang demi seorang rakan Ieqin hilang. Hilang bukan disebabkan kami bergaduh atau sebagainya.. Perginya mereka menemui cinta hati. Ada kalanya kesunyian itu timbul tatkala melihat telefon yang senyap tanpa berbunyi. Tapi Ieqin tahu Allah nak ieqin dekatkan diri pada-NYa. Allah uji ieqin sekarang supaya ieqin tidak terlalu fokus dalam soal duniawi. Jadi ieqin mula tidak ambil kisah tentang telefon.

Ieqin bahagia melihat mereka bahagia. Mereka tersenyum, berketawa dan bergembira cukup membuatkan ieqin sebagai seorang teman bahagia. Respect kepada mereka yang mampu setia kepada cinta hati.


Apa pun ieqin sangat bersyukur Allah beri dugaan ini kerana setiap masalah yang berlaku menjadikan manusia itu bertambah matang dalam menyelesaikannya. Syukur kerana Allah masih mampu memberi Ieqin petunjuk walaupun dalam kita sebagai manusia tidak perasaan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan dan dorongan sampai sekarang..Sesunggunhya tiada yang mampu membalas jasa kalian melainkan Allah sahaja. 



~Salam Sayang Ieqin_CQ~

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

No comments:

Post a Comment