Saturday, 19 October 2013

Runtuh Hatiku


Assalamualaikum..
Hai Kawan-kawan.Ieqin baru menghabiskan masa bercuti dikampung setelah raya aidiladha hari.Walaupun tidak lama, namun dapat melepaskan kerinduan di kampung.Seronok dapat melihat kawan-kawan yang balik ke Pantai Timur bercerita tentang keseronokan mereka balik.
Kemeriahan aidiladha disana sangat hebat berbanding dengan sambutan di Selatan.


Ieqin nak share sesuatu.
Semalam tengah dalam bilik sorang-sorang sementara tunggu roomate balik. 
Ieqin buat kerja macam biasa sambil siapakan assigment. 
Tangan tak lepas daripada membalas message dari kawan-kawan yang tanya dimana lokasi anda. 
Tiba-tiba ieqin ada share satu rahsia yang ieqin pendam setelah sekian lama kepada hamba Allah ini. Ieqin tak sangka dia beri nasihat sampai boleh rentap jiwa.
 Dia bukan menggunakan bahasa kasar tetapi menggunakan bahasa yang halus yang mampu menusuk sanubari.
Ieqin juga tak sangka dia boleh beri nasihat sedemikian sedangkan ieqin kenal dia tidak begitu.


Ieqin dah masuk 2 bulan dekat sini namun still lagi mencari-cari.
 Mencari-cari dari pelbagai segi.Adakalanya ieqin merasakan kehidupan di U ini sangat best.
Namun ada kalanya hati ieqin kosong disini.
Tiada apa-apa.Payah sebenarnya untuk ieqin mencari pengubat dalam kekosongan ini. 
Ieqin try search sampai sekarang namun belum menjumpai. 
Sampailah satu ketika hamba Allah ini mengatakan walaupun jauh dekat mana ieqin belajar dia akan selalu berada disamping ieqin,mendoakan kesejahteraan dan kebahagian ieqin disini.
Jarang ieqin rasakan perasaan ini.
Waktu dia cakap macam terus luluh hati ini.
Ieqin lagi sedih bila dia nasihatkan ieqin sambil dia menangis.
Ieqin tak sangka rahsia yang ieqin pendam membuatkan dia rasa sedih dan hiba. I'am so sorry.=(

Kekosongan dihati ieqin try isi dengan kalimah-kalimah suci Allah..
Tak pun ieqin dengar zikir-zikir dari Hafiz Hamidun..
Doakan ieqin terus kuat menjalani kehidupan disini..


Sekian
Luv u alls Ieqin_ing

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Tuesday, 8 October 2013

Dunia Baruku

Assalamualaikum.
.Hye readers..
Hari ini gatai tanga nak menghaupdate blog pulak.Nampak sangat rindu nak menaip kan.
Hari ini ieiqn nak share sal assigment yang bertingket-tingket.







Now semua subjek dah ada assigment dan perlu submit start 25 oktober 2013.
Cepatkan nak kena sumbit.
Actually tak cepat pun cuma still blurr dengan cara nak dapat assigment yang berkualiti.
Kebanyakan assigment ieqin dapat cari bahan cuma cara pengolahan idea itu agak payah
Biasalah still terkezutt u olls dengan persekitaran dekat sini.


Now ieqin banyak lepak library.Bukan sebab nak jadi budak ulat buku ke hape okey.
Banyak cari bahan dan study dengan kawan-kawan.
Alhamdulilah kawan banyak bagi moral support supaya tak mudah give up.
Kadang-kadang kalau seornag give up yang lain akan bagi kata-kata semangat.
Mungkin ramai tak percaya dengan keadaan ini sebab baru sebulan masuk U tapi ini realiti okey..
Kami dah macam adik-beradik.
Kadang-adang kalau seorang nak pergi library mesti dy inform.
Pergi ke tak belakang kira yang penting ajak..






Alhamdulilah ieqin dah boleh accept enviroment dekat U nie..
TAke time.So far ieqin dah boleh kawal tension,stress or whateverlah.
Now i found my new activitiy to release my tension.
Hebat tak?Sebenarnya tak sangka pun aktiviti to boleh hilangkan stress.
Secara tidak sengaja.Nak tahu apa dia?tunggu next entry yew...






Ieqin ada terbaca jugaak kalau stress ini akan menyebabkan kehidupan kita menjadi bosan dan tidak gembira.
So selalu-selalulah ketawa.
Hayati hidup yang baru nak bermula..ahhahaa


Jumpa Next Entry..
Luv u alls:ieqin_ing

sekian

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Monday, 30 September 2013

Bukan Mudah bergelar Mahasiswa

Assalamualaikum..

Alhamdulilah masuk minggu ini dah dekat 4 minggu  ieqin beada di bumi UPSI.
Bukan mudah bergelar mahasiswa dengan terpaksa menguruskan segala aktiviti kita sendiri.
Homesick tidak usah dipertikaikan.Ieqin 2 minggu awal memang rasa sayu saja.
Tapi apakan daya demi mengenggam segulung ijazah ieqin kuatkan semangat jugak.
Kehidupan di Universiti bukan sama dengan kedudukan di sekolah.
Dulu disekolah kita masuk sebelum 7.30 dan balik ke rumah paling lewat pukul 6.30.
Di Universiti jadual tidak terlalu padat disebabkan dalam seminggu hanya 5 hari sahaja yang dipenuhi dengan kelas berbanding waktu sekolah dahulu.
Setiap pelajar mempunyai perbezaan jadual mereka.
Ieqin mempunyai kelapangan bermula hari Sabtu 12.30 sehinggalah hari Isnin.
Tidak berapa padat jadual kali ini disebabkan ieqin hanya mengambil 16 kredit sahaja.
Nampak macam sedikit tapi ieqin ambil keputusan untuk fokus dan mengenali dunia sebagai seorang mahasiswa terlebih dahulu.Insyallah sekiranya dipanjangkan umur sem depan ieqin akan tambah jam kredit.

Permulaan datang ke sini boleh dikatakan sunyi disebabkan ieqin tiada kawan perempuan yang dapat masuk UPSI ini.Namun lama-kelamaan ieqin temui ramai kawan-kawan daripada satu blok,satu kos dan satu subjek.Memang ada kalanya kita kenal tapi malu nak tegur disebabkan hanya berkenalan di FAcebook saja.Hidup mahasiswa ini indah namun kekuatan fizikal dan mental perlu tinggi serta semangat jati diri yang utuh demi memengang status graduan.


Cukup sampai di sini dahulu..

Sekian..
LUV U ALLS :Ieqin_ING

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Saturday, 21 September 2013

Kembali Bergelar Seorang Pelajar

Assalamualaikum..Lama Ieqin tak update blog ini..Rasa dah berhabuk sangat..Hari itu Ieqin sibuk dengan kerja dan now kembali menjadi status student.Kemana ieqin membawa diri?Sejauh manakah?Jawapannya..

Ieqin now bergelar mahasiswi kepada UPSI.Apa itu UPSI??UPSI adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim Perak.Johor ke Perak dekat saja.dalam 4 ke 5 jam saja..hehe.Ieqin dapat Kos ISMP GEOGRAFI.Kawan-kawan cakap pengganti CIkgu Asimat.Insyallah..Mudah-mudahan.Banyak cabaran yang terpaksa ieqin tempuh.Nak tahu apa diaa??Jom....

Keputusan UPU keluar hari itu Ieqin kerja.Jadi feeling untuk tahu itu dalam 50% sebab kawan-kawan lain semua mintak cuti nak tahu keputusan.Ieqin check melalui sms then dapat tahu yang dapat sambung dekat UPSI.Tapi ieqin still tak percaya.Yelah kadang-kadang tak betul.Terus ieqin mintak kakak double check.Then resultnya still sama.Jadi memang rezeki ieqin sambung belajar dekat sini.Alhamdulilah

Persiapan masuk U ieqin hanya buat seminggu sebelum pergi.Mama sampai marah sebab takut ada dokumen yang tertinggal dan barang-barang yang tak cukup.Alhamdulilah semua sempat.Dari medical check up sampai beli barang keperluan.Semuanya dilakukan dalam jangka masa seminggu.Terima kasih untuk Capital D dan My sis yang teman beli barang hari itu.Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang teman beli barang.

Now ieqin dah masuk minggu ke-3 disini.Walaupun kadang-kadang homesick tapi now saya dah kuat.Saya ulangi NOW SAYA DAH KUAT!!!hehehhe...Layan sajalah gambar dekat bawah ini yew..








me,pika,iza,huda







masa pencarian kelas,,,



sekian.Luv u alls ieqin_ing
Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Tuesday, 21 May 2013

Gurlz Outing







Hari ini ieqin nak share kisah gurlz outing..hehehe..Sebenarnya memang plan untuk keluar bersama sudah dibuat since last year lagi.Tetapi ditunda-tunda disebabkan salah seorang daripada gurlz ini berdarah manis.So bahaya kalau keluar tanpa ada seorang lelaki yang mengawal kami..Betul kan..Lupa ieqin nak kenalkan.Ieqin outing bersama my sis Kak Huda,Erna(kazen yang join tengok bola hari itu) dan Pn.Azeana(my kazen jugak).hehehe..Nampak tak gelaran itu.lalala.Erna dengan Azie adalah sepupu sebaya.Kitaowg membrsar bersama disebabkan Erna cucu no 2,Azie no 3,Kak Huda no 4 dan saya no 5.Antara Erna,Azie dengan Kak Huda tak jauh beza dalam 2 or 3 tahun sahaja.Tapi dengan ieqin jauh sedikit.Berbalik pada perkataan OUTING tadi,memandangkan ieqin dah stay dekat SA(Shah Alam) dan inilah peluang keemasaan so kami  plan nak turun KL.Banyak pilihan sebenarnya,tak tahu nak pilih mall yang mana.Semua sedia maklum disebabkan KL adalah antara tempat yang boleh dipanggil syurga membeli belah kerana semua barang berjenama atau tidak ada dekat sana.Setelah di plan kami memutuskan untuk ke Midvalley.


Ieqin gerak dalam pukul 10 pagi bersama Erna.Kitaowg naik train daripada Stesen Shah Alam terus ke KL Sentral,Then tukar train ke Midvalley.Kak Huda  ambik train daripada Tanjung Malin dan berhenti ambik Azie dekat Rawang barulah diorang gerak dari Rawang terus ke Midvalley.Kira kitaowg plan ini terus untuk jumpa dekat Midvalley ,senangkan.Sampai-sampai saja terus beli tiket wayang.Kami tengok wayang cerita hantu Thailand.Kira okeylah sebabnya tak terperanjat genre Melayu.hehehe.Kami beli tiket pukul 1.30 petang jadi kami ada satu jam setengah memadangkan waktu kami beli tiket baru pukul 12 tengah hari.

Lepas itu,kami decide untuk mengisi perut yang lapar.Setelah penat berpusing-pusing kami akhirnya pilih Kenny rojers.nyam.nyam.Itulah pertama kali ieqin jejak kaki dekat situ.Before-before ini memang tak pernah masuk situ Cuma lalu lalang adalah.Ieqin pesan set menu apa entah.Cuma gambar dekat bawah itu baru dapat menyelesaikan segala kemusyiklan anda..hehehe



inilah saja pic yang sempat kami ambik,
Ieqin,Kak Huda,Pn.Azie dan Erna

With my sis 

nyam-nyam..sangatlah sedap

            Lepas makan layan wayang.Kelakar plus best cerita ini.Sampai habis cerita ini pun kami masih pot.pet pasal watak dalam cerita ini.Nam,nam,thansook,jackey…hehe.Lupa nak bagitahu ieqin tengok cerita LONG WEEKEND.After that,ieqin pergi Daisoo.Apa itu daiso?Daiso adalah sebuah kedai yang menjual barang daripada Negara Jepun dengan harganya RM 5 setiap barang.murahkan???Kalau dalam bahasa pasar macam kedai RM 2,tapi ada beza sebab kedai Rm 2 tidak banyak pilihan dan kadang-kadang barang yang kita cari tak  ada berbanding kedai Daisoo yang complete serta barangnya unik serta kadang kala anda tidak tahu yang barang itu wujud.


sumber daripada incik goggle..


sumber incik goggle



Setelah habis shooping di Daisoo,kami pusing sakan di Midvalley .Entah berapa kali jangan ditanya.Tidak terkira.Akhir sekali kami lepak makan di Popeyes.Sedap sangat dekat situ..Apa yang penting nak makan dekat situ lagi.Itu pasti.hehehe,

ini nama penuhnya...
sumber incik goggle

Inilah restorantnya
sumber incik goggle

inilah antara menunya..
sumber incik goggle..


Inilah adalah antara makanan yang kitaowg beli.Sangat-sangatlah sedap.Kadang-kadang tak slaah kita cri menu lain.Yela asyik makan KFC dan MCD.Sekali sekala nak tukar hangin.Betul tak??





Kami gerak balik lebih kurang pukul 7.30 kerana tak mahu bertembung dengan warga kota yang balik kerja.Sesampai dirumah CIk Yana rehat sekejap terus pergi rumah maklong.Mak long buat masak macam-macam.Memang sedap sangat..terima kasih mak long.


Banyak versi yang ieqin dah cut.Kira ini cukuplah segala rencah cerita Gurlz Outing.Apa-apa pun kami ada plan untuk bula 6 or 7.Kira plan kami before puasa dan yang paling pasti Cik Yana nak join sekali..syok habis.nak tahu pergi mana?tunggulah hari kejadian.



Lov u alls:ieqin_ing



Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Thursday, 16 May 2013

Masa Untuk Berdikari




                 Assalamualaikum..Lama sungguh tak menghapupdate blog nie…macam dah bersawang sangat.Ini yang perlu dibersihkan pakai penyapu lidi..hehehe..Sepanjang tak menghapdate ini banyak sebenarnya ieqin nak share.Tetapi satu persatu la yew..Pening pulak nak menghapdate yang mana satu..


Okey..Lepas habis te st JPJ hari itu..Ieqin terus Fly pergi KL.Bukan naik flight tapi naik bas sahaja.Sangat-sangatlah jimat.Harga tiket dalam RM 26.Ieqin naik bas daripada BP(Batu Pahat) then turun dekat Seksyen 15.Ieqin gerak dalam pukul 3.00 petang  walaupun dekat tiket ditulis pukul 2.30.Itu perkara biasa kan..Lepas itu,ada transit dekat muar barulah masuk highway.Sangatlah selamat naik disebabkan pakcik driver bawak had laju yangmengikut yang ditetapkan..heheehe.Ieqin sampai dekat Shah Alam pukul 6.30 petang..Turun-turun sahaja terus Cik Yana..oopps lupa nak cakap Ieqin pergi KL disebabkan Cik Nyanya kena outstation .So ieqin teman Cik Yana dalam seminggu lebih jugak.

Ingat lagi game JDT lawan Selangor??Ieqin pergi with Cik Yana,Erna(my kazen) serta family Cik yana yang mai dari REngit.Syok sangat plus excited.Yela pertama kali nak tengok game katakana..Itu jugaklah pertama kali pergi stadium..Before-before ini lalu sahaja.Berbekalkan baju JDT memang telah siap ieqin bawak daripada kampong.So terus pakai.Bangga jadi anak JOHOR..Itu lumrah sangat bila ayat itu keluar daripada mulut anak jati Johor.Kitaorang gerak dalm pukul 5 lebih then ambik Erna dekat Seksyen 7 barulah gerak pergi stadium.Sampai sana dah ada Kak Zana dan Abang Rani(nie adik ipar n adik my auntie otey).Sementara tunggu Aki,Wan n QIesha sampai(ayah ,mak n anak sedara cik yana) kitaorang cuci mata.Mana boleh cuci mata tapi tak beli.Itu peliks bin ajaib kan u alls.KItaowg grab baju JDT yang warna pink to.Harga dy bolehlah tahan sebab kalau hari itu dekat Rengit ieiqn beli dalam RM 45 tapi waktu kejadian RM 55.Terperanjatlah jugak.Itupun setelah ditawar oleh my auntie.HArus u alls.kalau tak depa  memang tak mahu bagi pun.Lagi-lagi tengok anak-anak muda beli kompem-kompem lah mereka bagi harga yang kauw-kauw punya.Kitaowg grab 3 baju .Satu untuk Cik yana,Erna and my sis Kak Huda.After that cari pulak kedai nak but nombor dengan nama.Satu huruf RM 2.50.bagi ieiqn harga itu berbalao jika nak dibandingkan dengan baju ieqin yang terkopek bagai..huh!!!sedih sangat.

Ini jersi yang ieqin beli malam itu,
sumber:Mr google



sumber:mr goggle
                                              Inilah warna jersi ieqin..Semangat JDT!!





                          Kami duduk belakang tiang gol.Menambahkan semangat bila dapat duduk belakang penyokong tegar JDT.The B.O.S  ULTRAS JOHOR nama kumpulannya.If ieqin tak silap..Happening sangat bila mereka tidak putus-putus menyanyikan pelbagai lagu untuk memberi semangat dekat para pemain.Bila johor menang lagilah terlompat-lompat.heehe..Macam-macam kenangan manis yang ieqin dapat dan belajor.Sambil tengok game sambil memerhati orang sekeliling.Betul kan..




Stadium Shah Alam



siapa mahu tiket??


suasana di stadium.semua penyokong Johor..

Wajib bergambar walaupun satu gambar....



                Apa-apa pun JDT tetap dihatiku.”LUASKANKUASAMUJOHOR”



Luv u alls :ieqin_ing


Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

Monday, 15 April 2013

JpJ oh JPJ

Assalamualaikum..Hola semua.Lama sangat ieqin tak update blog ini.Kesuntukan masa yang teramat-amat menyebabkan blog ini terabai.Semenjak result keluar hari itu,ieqin lebih banyak menghabiskan masa fokus untuk latihan memandu.Boleh dikatakan hanya untuk itu sajalah.Ieqin mula menghadiri kelas KPP(ieqin lupa nama penuhnya)akhir bulan 12.Lepas itu,ieqin ambik masa 3 minggu untuk betul-betul bersedia untuk test computer.Habis kelas komputer ieqin mula masuk Pra L motor dan kereta.Lama juga ieqin belajar untuk betul-betul pandai.Sebab kos untuk ulangan sangatlah mahal dan memang niat tak mahu ambik ulangan.Ieqin ambik test JPJ 29 hb untuk kereta sahaja.Disebabkan hati tak berapa confident untuk ambil kesemuanya sekali..Ieqin dapat nombor 47.Fuh waktu melihat orang lain buat dan JPJ tiup wisel.Ya allah.Sangatlah takot.Ieqin tak berapa yakin dekat Bukit.Sangat seram.Takut terlebih atau terkurang.Alhamdulilah ieqin lepas bahagian dalam JpJ..Apabila tiba untuk Bahagian 3.Memamng seram,Ieqin buat amcam yang Cikgu pemandu ieiqn ajar.Semua dah buat.Bila mula jalan to tak sampai speruh ajlan dia cakap ieiqn dah failed.Wakto itu tuhan je tahu perasaan ieqin.Sampai menangis.Akhirnya ieiqn ambik keputusan untuk ulang dan bayar RM 160..Banyak nilali amount ini tapi demi lesen ieqin gagahkan juga.Buang rasa fobia fdan segalanya..Ieiqn ambik test lagi minggu hadapannya iaitu 7 hb April.Alhamdulilah dengan sekali test kesemuanya lulus termasuk test JPJ Motosikal.Fuhh,,Memang lega sangat-sangat.Bukan apa,malam sebelum test ieqin macam ayam berak kapur.Tersangatlah seram dan pelbagai perasaan dirasainya...


Apa-apa pum bagi sesiapa yang nak ambik lesen.C ekalkan hati otey..Jangan mudah menyerah..
Insyallah anda lulus..Ieqin tengah excited untuk dapat lesen P..ehhehe


sekian



Luv u alls:ieqin_inG


Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)