Sunday, 24 February 2013

Galah Panjang


Assalamulaikum semua..Holl u alls.Hari ini ieqin nak share pasal Galah Panjang..Kowg semua pernah main game ini tak?Actually ieqin selalu tengok Upin dengan si Ipin main..To pun dekat dalam tv..Untuk ieqin join game ini belum pernah lagi.Bila ieqin dah terjoin jatuh cinta dengan game ini..Serius u alls..best amat-amat.Ini bukan sahaja pasal strategi perang malahan melibatkan ketangkasan dan kebijaksanan untuk cilok-cilok nie..hehehe..Kisah nya begini.Family sebelah mama ieqin uat family day yang tidak dirancang..Ala maen ajak-ajak lepas to semua on ..Lebih kuang gto la.Lepas to ieqin kena arrange part game..Macam-macam idea  game yang muncul.Ada game kekanda adinda la,gajah duduk la,gajah berdiri la..Macam-macam.Akhirnya ieqin senaraikan 10 game sahaja.Gamenya termasuklah galah panjang.Kowg semua pernah maen game ini?Meh ieqin share.
Info nie ieqin copy paste dalam wikipedia jew..


Berbalik topik kita, Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.



Cara bermain

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.



Syarat permainan

  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.



sumber daripada incik Goggle





Sumber daripada incik goggle


FAham x?mesti payah an..Ok lah macam ini ceritanya.Nampak tak bulatan warna biru itu.Itu dikira pihak lawan.Warna pink to pihak yang dilawan.Pihak lawan akan cilok mencilok sehingga sampai tempat bulatan no 8 to.Lepas itu kena patah balik sam[ai garisan permulaan.Simple dan senangkan.Nampak memang senang tapi bila kita nak elak daripada dicuit.Amboi memang payah.Macam-macam aksi akan keluar wakto to.Bila salah seorang berjaya sampai ke garisan permulaan balik dikira pemenang.PArt ini akan bertukar sehingga kalah atau menyerah kalah.

Ieqin sokong kowg 1000% sekiranya game ini dimasukkan dalam acara sukanneka.Bukannya apa ini bukan sahaja memartabatkan permainan tradisional malah dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.Apa-apa pun ieqin happy sangat dapat join game ini.Kowg semua patot cuba tau.hehehe...

sekian..



Luv u alls:Ieqin_iNG



Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

No comments:

Post a Comment