Thursday, 7 February 2013

Biar Cinta Bertaburan Part I




Hola u alls.Tengah buat apa to?Seperti yang dijanjikan ieqin akan share pasal novel-novel yang dah pernah baca dan tertarik untuk disharekan.Novel yang menjadi pilihan ieqin pada hari ini ialah Biarlah Cinta Bertaburan karya Yusnida Tajudin.

sumber daripada incik Goggle

Ieqin suka jalan ceritanya yang menarik.Lagi satu semua perempuan menginginkan lelaki seperti hero dalam novel ini.Jom ieqin share sinopsis novel ini.
Sinopsis:

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan
(sumber daripada kaki novel)

Apa yang membuatkan jalan cerita ini semakin menarik ketika berlaku konflik antara hubungan suami isteri..Dalam novel ini turut diselitkan bagaimana untuk kita mengelakkan diri daripada terkena sihir atau lain-lain.Insyallah ieqin akan share pada entry part II okey..jangan risau..



Luv u alls:Ieqin_iNG



Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

2 comments:

  1. macam best jee :)

    singgah sambil follow! :) #4

    ReplyDelete
  2. sha:memang best..better baca..ieqin galakkan sangat..hehehe..thnkz follow ieqin..ieqin dah follow kamu..=)

    ReplyDelete