Saturday, 19 October 2013

Runtuh Hatiku


Assalamualaikum..
Hai Kawan-kawan.Ieqin baru menghabiskan masa bercuti dikampung setelah raya aidiladha hari.Walaupun tidak lama, namun dapat melepaskan kerinduan di kampung.Seronok dapat melihat kawan-kawan yang balik ke Pantai Timur bercerita tentang keseronokan mereka balik.
Kemeriahan aidiladha disana sangat hebat berbanding dengan sambutan di Selatan.


Ieqin nak share sesuatu.
Semalam tengah dalam bilik sorang-sorang sementara tunggu roomate balik. 
Ieqin buat kerja macam biasa sambil siapakan assigment. 
Tangan tak lepas daripada membalas message dari kawan-kawan yang tanya dimana lokasi anda. 
Tiba-tiba ieqin ada share satu rahsia yang ieqin pendam setelah sekian lama kepada hamba Allah ini. Ieqin tak sangka dia beri nasihat sampai boleh rentap jiwa.
 Dia bukan menggunakan bahasa kasar tetapi menggunakan bahasa yang halus yang mampu menusuk sanubari.
Ieqin juga tak sangka dia boleh beri nasihat sedemikian sedangkan ieqin kenal dia tidak begitu.


Ieqin dah masuk 2 bulan dekat sini namun still lagi mencari-cari.
 Mencari-cari dari pelbagai segi.Adakalanya ieqin merasakan kehidupan di U ini sangat best.
Namun ada kalanya hati ieqin kosong disini.
Tiada apa-apa.Payah sebenarnya untuk ieqin mencari pengubat dalam kekosongan ini. 
Ieqin try search sampai sekarang namun belum menjumpai. 
Sampailah satu ketika hamba Allah ini mengatakan walaupun jauh dekat mana ieqin belajar dia akan selalu berada disamping ieqin,mendoakan kesejahteraan dan kebahagian ieqin disini.
Jarang ieqin rasakan perasaan ini.
Waktu dia cakap macam terus luluh hati ini.
Ieqin lagi sedih bila dia nasihatkan ieqin sambil dia menangis.
Ieqin tak sangka rahsia yang ieqin pendam membuatkan dia rasa sedih dan hiba. I'am so sorry.=(

Kekosongan dihati ieqin try isi dengan kalimah-kalimah suci Allah..
Tak pun ieqin dengar zikir-zikir dari Hafiz Hamidun..
Doakan ieqin terus kuat menjalani kehidupan disini..


Sekian
Luv u alls Ieqin_ing

Sila tinggalkan jejak anda di komen. Love u alss ~ieqin_iNG~ :)

No comments:

Post a Comment