Assalamualaikum..
Alhamdulilah
masuk minggu ini dah dekat 4 minggu ieqin beada di bumi UPSI.
Bukan mudah
bergelar mahasiswa dengan terpaksa menguruskan segala aktiviti kita
sendiri.
Homesick tidak usah dipertikaikan.Ieqin 2 minggu awal memang rasa sayu
saja.
Tapi apakan daya demi mengenggam segulung ijazah ieqin kuatkan semangat
jugak.
Kehidupan di Universiti bukan sama dengan kedudukan di sekolah.
Dulu
disekolah kita masuk sebelum 7.30 dan balik ke rumah paling lewat pukul 6.30.
Di
Universiti jadual tidak terlalu padat disebabkan dalam seminggu hanya 5 hari
sahaja yang dipenuhi dengan kelas berbanding waktu sekolah dahulu.
Setiap
pelajar mempunyai perbezaan jadual mereka.
Ieqin mempunyai kelapangan bermula hari
Sabtu 12.30 sehinggalah hari Isnin.
Tidak berapa padat jadual kali ini
disebabkan ieqin hanya mengambil 16 kredit sahaja.
Nampak macam sedikit tapi
ieqin ambil keputusan untuk fokus dan mengenali dunia sebagai seorang mahasiswa
terlebih dahulu.Insyallah sekiranya dipanjangkan umur sem depan ieqin akan
tambah jam kredit.
Permulaan
datang ke sini boleh dikatakan sunyi disebabkan ieqin tiada kawan perempuan
yang dapat masuk UPSI ini.Namun lama-kelamaan ieqin temui ramai kawan-kawan
daripada satu blok,satu kos dan satu subjek.Memang ada kalanya kita kenal tapi malu nak
tegur disebabkan hanya berkenalan di FAcebook saja.Hidup mahasiswa ini indah
namun kekuatan fizikal dan mental perlu tinggi serta semangat jati diri yang
utuh demi memengang status graduan.
Cukup
sampai di sini dahulu..
Sekian..
LUV U ALLS :Ieqin_ING
No comments:
Post a Comment